CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday 14 May 2008

10 TIPS KESIHATAN UNTUK WANITA


1. Bakar Kalori Dengan ‘Kickboxing’

Menurut Michele Olson Ph.D, yang pernah meneliti jenis olahraga bela diri, ‘kickboxing’ dapat membakar 240 kalori untuk setiap jam, atau bersamaan dengan aktiviti berjalan kaki dan berlari. Gerakannya yang pantas dan kuat bertenaga dapat meningkatkan refleks, koordinasi otak, dan ketahanan tubuh secara menyeluruh. ‘Kickboxing’ juga berupaya membentuk badan yang cantik dan kuat serta bertindak sebagai pelindung keselamatan diri.


2. Bersenam Untuk Kepuasan Seksual

Berjalan pantas untuk tiga jam seminggu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 40 peratus. Wanita yang melakukan senaman secara berterusan mengurangkan risiko barah payudara sehingga 60 peratus, dua pertiga daripada mereka yang melakukan senaman mengatakan mereka berasa lebih ‘tenang’ selepas melakukan senaman. Selain itu, 25 peratus wanita yang bersenam lebih mudah mencapai orgasme berbanding wanita yang tidak melakukan senaman, satu kesan yang dipercayai disebabkan oleh ‘otot abdomen yang kuat’. Begitu juga dengan lelaki, mereka yang selalu bersenam dapat meningkatkan kepuasan seksual.


3. Guna Dumbell

Untuk Dapatkan Tubuh Yang CantikTahu atau tidak latihan menggunakan dumbell merupakan cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Bukan itu sahaja, ia juga membentuk otot-otot badan supaya kelihatan menarik. Penggunaan ‘dumbell’ sudah terbukti dapat membuatkan tubuh tegap dan cantik. Malahan, kadar metabolisme dalam badan turut meningkat setelah anda melakukan senaman ini dan ia mampu bertahan sehingga 24 jam. Ketika inilah tubuh badan akan membakar kalori dengan lebih efektif daripada selalu. Selain itu, latihan ini juga mampu membentuk kepadatan tulang dan ini mengurangkan risiko osteoporosis. Daripada segi emosional, latihan ini juga boleh membuatkan anda lebih bersemangat kerana aktiviti ini merangsang pelepasan beta-endorfin, sejenis hormon yang mencetuskan rasa bahagia dan tenang.


4. Manfaat Terapi Menari

• Memperbaiki ‘body image’, rasa percaya diri, dan kemampuan berkomunikasi.

• Mengurangkan ‘stress’, rasa takut, kecemasan, ketegangan, dan depresi.

• Meningkatkan fungsi system peredaran tubuh badan dan pernafasan.

• Membantu mengatasi masalah kesukaran belajar, gangguan visual dan pendengaran, cacat mental, dan demensia.

• Membantu penyembuhan cedera otak, arthritis, stroke, kanser dan beberapa penyakit fizikal yang lain.


5. Kelebihan ‘Step Aerobic’

Seperti latihan aerobik lain, ‘step aerobic’ ternyata berkesan membakar kalori dan melatih jantung. Jika dibandingkan dengan senamrobik biasa, ‘step aerobic’ juga boleh membantu meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik). Fakta ini direkodkan di dalam Journal of Sports Medicine and Physical Fitness. Kajian oleh Baskent University ini dilakukan pada 45 pelajar wanita di Turki, yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama mengikuti kelas ‘step aerobic’, kedua melakukan senamrobik biasa selama 45 minit tiga kali semingu dan kumpulan yang ketiga melakukan aktiviti biasa. Hasil kajian mendapati kadar HDL mereka yang melakukan ‘step aerobic’ meningkat, walaupun perbezaannya tidak terlalu ketara dengan kumpulan yang melakukan senamrobik biasa.


6. Mari Menari

Aktiviti ini bukan sahaja unik, tetapi juga lengkap. Selain bersifat aerobik, menari juga boleh dianggap sebagai latihan beban. Seperti latihan aerobik, menari mampu membuatkan keupayaan jantung berfungsi dengan lebih baik. Sebagai latihan beban, gerakannya akan menguatkan tulang dan mengencangkan otot paha belakang, punggung, perut dan pinggul. Dengan ini, postur badan anda akan kelihatan lebih cantik.


7. Kasut Tumit Tinggi Boleh Elak Sakit Lutut

Menurut penyelidikan baru saintis Britain berhubung kajian terhadap sakit lutut atau artritis, pengemar fesyen kasut tinggi mempunyai tahap kesihatan lebih baik terutama terhadap lutut walaupun gemar tunduk ketika memakainya. Kerosakan lutut paling teruk hanya disebabkan faktor berat badan dan melakukan kerja rumah seperti mencuci lantai dan jika seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan sebelum usia mencecah 40 tahun, ia mungkin meningkatkan risiko penyakit itu.


8. Mengemas Rumah Boleh Cegah Barah Rahim

Golongan wanita kini dapat mencegah barah rahim dengan cara paling mudah dan murah iaitu dengan melakukan kerja rumah seperti menyapu dan menyedut habuk. Kajian penyelidik Australia dan China mendapati senaman ringan seperti kerja rumah dapat mengurangkan bahaya barah rahim dan risiko semakin kurang dengan bertambahnya beban kerja.


9. Mamogram, Kaedah Terbaik Kesan Barah

Wanita yang menjangkau usia 40-an digalakkan menjalani ujian mamogram bagi mengesan sebarang tanda-tanda kehadiran barah payu dara. Pemeriksaan tersebut merupakan kaedah terbaik setakat ini untuk mengesan barah payu dara di peringkat awal. Secara tidak langsung wanita mengidap penyakit itu mempunyai lebih banyak pilihan dari segi rawatan. Prosedur itu mungkin mengurangkan kemungkinan wanita mati akibat barah ini sebanyak 17 peratus. Bagi wanita berusia 50 tahun ke atas pemeriksaan tetap mamogram mungkin dapat mengurangkan kemungkinan kematian akibat barah payu dara sebanyak 30 peratus. Di Malaysia, barah payu dara merupakan punca kematian terbanyak di kalangan wanita.


10. Susu Ibu Bantu Elak Barah

Kajian terbaru di Australia mendapati ibu yang menyusukan sendiri bayi mereka sehingga empat bulan atau lebih boleh membantu melindungi anak mereka daripada terkena barah. Secara umumnya, penyusuan ibu merupakan sumber makanan terbaik untuk bayi. Ia penuh dengan hormon, enzim dan bahan berkhasiat yang diperlukan untuk tumbesaran, dan mengurangkan jangkitan cirit-birit dan masalah pernafasan pada bayi. Bagaimanapun, kajian tentang penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu yang menghidap lelah sebelum ini menemukan pelbagai pandangan, ada yang menunjukkan penurunan dalam lelah manakala sesetengahnya melaporkan sebaliknya. Antara manfaat kesihatan yang lain, penyusuan ibu melindungi bayi daripada jangkitan melalui agen pertahanan tubuh yang ada pada susu.

0 comments: